Jumaat, 12 November 2010

Menuntut Ilmu

DARIPADA ANAS BERKATA NABI S.A.W BERSABDA" MENUNTUT ILMU DIWAJIBKAN KEPADA SETIAP MUSLIM"

8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ilmu Akidah

    Ilmu Tauhid
    Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai

    Ilmu Usuluddin
    Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya

    Ilmu Makrifat
    Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt

    Ilmu Kalam
    Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan

    Ilmu Akidah
    Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt

    BalasPadam
  3. Ahlan Wasahlan Firman Allah, "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" (al-Mujaadilah: 11) "Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."('Thaahaa: 114

    BalasPadam
  4. Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
    Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.
    Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
    [sunting]

    BalasPadam
  5. Ciri-ciri ilmu

    Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman, dan juga perasaan. Tetapi pada masa yang sama, ilmu adalah berbeza dengan perkara-perkara ini dan ciri-cirinya adalah seperti berikut:
    Ilmu boleh dipertuturkan
    Ciri ini membezakan ilmu dengan perasaan dan pengalaman. Contohnya, sesetengah "pengalaman diri" seperti mimpi adalah sukar dipertuturkan melalui bahasa. Tetapi bagi ilmu, ia haruslah sesuatu yang dapat dipertuturkan melalui bahasa.
    Ilmu mempunyai nilai kebenaran
    Sesuatu yang digelar sebagai ilmu biasanya dianggap benar. Ciri ini membezakan pengucapan ilmu dengan pengucapan sasastera yang biasanya mengandungi unsur-unsur tahayul.
    Ilmu adalah objektif
    Ciri ini bermaksud bahawa ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat diubah menurut keinginan ataupun kesukaan seseorang individu.
    Ilmu diperolehi melalui kajian
    Ilmu adalah hasil daripada kajian. Ia bukanlah sesuatu rekaan. Ilmu mengenai cara memeroleh ilmu itu dikenali sebagai perkaedahan penyelidikan ilmiah
    Ilmu Sentiasa berkembang
    Ilmu adalah sentiasa berada dalam proses pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan.

    BalasPadam
  6. Menuntut Ilmu
    Menuntut Ilmu
    Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
    Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

    Maksud firman Allah s.w.t:
    “Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

    Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
    “Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

    Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
    “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
    Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
    “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

    Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
    “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
    Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
    Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
    Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
    Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
    Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
    Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

    BalasPadam
  7. Ilmu Islam
    Aqidah
    Ibadah
    Akhlak
    Taharah
    Tasawwuf
    Muamalat (Jual Beli)
    Munakahat (Perkahwinan)
    Undang-undang Islam
    Sejarah
    Tokoh Islam
    Seni Islam
    Ekonomi Islam

    BalasPadam
  8. Pengenalan ilmu Usuluddin

    Ruang lingkup perbicaraan dan perbincangan mengenai Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid ini ialah berkisar pada perkara-perkara berikut;

    *

    Ilmu Akal
    *

    Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah
    *

    Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan
    *

    Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan
    *

    Hakikat Ketuhanan
    *

    Kenal Sifat Istighna’ dan Iftiqor Allah dan perkara-perkara yang melazimi kedua-duanya.
    *

    Boleh membezakan I’tiqad Jabariah, Muktazilah, Qadariah, Syi’ah dan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah(Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Maturidi)
    *

    Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah kepada Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyyah.
    *

    Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.
    *

    Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.
    *

    Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Ma’ani.
    *

    Perbezaan makna dan maksud antara I’tiqad dan Syuhud.
    *

    Mengenal sifat-sifat benda baru seperti jauhar, jisim, jirim dan ‘aradh serta lainnya.
    *

    Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.

    BalasPadam